PANTUL di Mingguan Malaysia, 07.11.2010

Assalamualaikum w.b.t.
07 November 2010 merupakan tarikh keramat sepanjang saya berada dalam jagat sastera tanah air. Alhamdulillah, penantian selama ini membuahkan hasil.
Sebuah puisi yang lahir seusai solat Subuh telah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada tarikh tersebut.
Berikut, saya perturunkan sepenuhnya puisi tersebut untuk tatapan kalian.
MadingCermin
Kredit: Google
PANTUL

(i)
Pagi itu sebelum keluar
Pada cermin yang digantung
Sesusuk tubuh yang memantul
Adalah dia yang bersatu
Pada usul dan nyawaku.

(ii)
Tiba-tiba cermin itu jatuh
Namun tiada pecah
Retak pun tiada
Dia tetap berwajah pada kaca
Lantas kuukir senyum
Sinis kepada mereka
Yang ripuh di luar jendela.

(iii)
Kepada mereka aku berkata;
Kusisir rambut ini dengan sikat sendiri.”
Dia pula berkata;
Ukur jahit pakaian biar kena di badan sendiri.”

(iv)
Mereka cuba menterjemah
Dengan dabik dada dan gemuruh langkah
Lalu kami bertanya;
Apa difikir sepatumu itu tidak haus akhirnya?”
Mereka cebir dan berlalu
Aku tetap dengannya
– Jatiku.

30 Oktober 2010
Gombak.

*Puisi ini telah disiarkan di Mingguan Malaysia, 07/11/2010.