Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua? Rasanya agak lama saya membiarkan teratak kecil ini sunyi tanpa entri terkini. Maaf, kesibukan yang melanda membuatkan masa saya agak terhad untuk menulis entri.
Sepanjang tidak menulis di sini, saya cuba mencari strategi terbaru supaya teratak kecil ini sentiasa diisi dengan entri yang bermanfaat dan dapat memenuhi kehendak kawan-kawan semua (harapnya). Dan alhamdulillah, sepanjang pencarian tersebut, saya telah memikirkan tentang perkara ini:-
MENCARI KOLUMNIS BLOG
![]() |
Kredit: Google |
Kebiasaannya, saya melihat banyak kolumnis yang menulis di majalah dan surat khabar, mahupun medium komunikasi yang lain. Jadi, timbul idea untuk saya berkongsi blog saya ini dengan beberapa kolumnis jemputan supaya kita sama-sama dapat membaca entri yang pelbagai cerita. Tidak hanya berkisar tentang sastera, tetapi boleh sahaja tentang hal-hal yang lain juga (selagi tidak menyentuh isu-isu yang kontroversi dan sensitif). Saya melihat kolumnis-kolumnis yang dijemput ini adalah rakan kongsi saya dalam kehidupan dan sangat menghargai usaha yang mereka lakukan.
Jadi, untuk entri seterusnya, saya akan muatkan entri-entri hasil tulisan kolumnis jemputan yang telah saya ‘pinang’ lebih awal supaya dapat kita manfaatkan setiap buah fikir yang akan mereka utarakan. Pastinya, saya juga akan menulis entri untuk saya sendiri. Heheh. Saya sangat berharap agar strategi ini dapat memberi ruang untuk kita lebih kreatif dan berfikir di luar kotak, insya-Allah.
Terima kasih kepada mereka yang sudi menjadi kolumnis di blog ini. Sokongan kalian amat diperlukan dan semoga kita sama-sama dapat memajukan diri dengan pemikiran-pemikiran yang bernas, insya-Allah.
Akhir kata, selamat membaca dan saya nantikan komen-komen daripada kawan-kawan semua. Fight-oh… Oh! =)
Category: #SEMBANGPIS