Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Sebuah Motosikal… dan Secebis Kenangan

Posted on 20/10/2010 by Hafiz Latiff
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua?
Jujurnya, entri kali ini benar-benar merupakan sebuah entri yang mengimbau secebis kenangan masa remaja saya.
10 tahun lalu, saya teruja apabila untuk kali pertamanya saya memiliki sebuah aset (walaupun dihadiahkan oleh arwah Abah). Selepas peperiksaan PMR, ketika cuti sekolah, arwah Abah menyuruh saya untuk mengambil lesen motosikal. Saya yang sememangnya sudah pandai menunggang motosikal semenjak sekolah rendah (setelah diajar oleh salah seorang ibu saudara saya) menjadi gembira. Dan alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan lesen untuk menunggang motosikal secara sah pada mata undang-undang di atas jalan raya. =)
Saya masih ingat. Tahun itu tahun 2000. Saya masih berada di tingkatan 3. Baki cuti sekolah yang ada pada tahun itu, saya seperti biasanya akan pulang ke Taiping untuk bersama-sama adik dan ibu serta bapa saya (memandangkan saya dibesarkan oleh Atuk dan arwah Opah). Suatu hari, arwah Abah meminta saya untuk mengikutnya ke tempat kerja beliau dan pada ketika itu beliau ditugaskan di Pejabat Daerah Kerian, Parit Buntar. Seawal pagi saya mengikut beliau ke Parit Buntar dan duduk melepak juga ‘merewang’ di sekitar pejabatnya. Sementara arwah Abah saya pula menjalankan tugasnya sebagai juruteknik seperti biasa.
Petang itu, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Taiping, arwah Abah saya memaklumkan kepada saya bahawa beliau ada kejutan untuk saya. Sejurus, beliau membelokkan keretanya ke sebuah perkampungan dan singgah di salah sebuah rumah di situ. Tidak lama selepas itu, saya melihat arwah Abah mengeluarkan sejumlah wang dari kocek seluar beliau dan diserahkan kepada pakcik yang berada di rumah itu.
Selepas urusan tersebut, arwah Abah menghampiri saya sambil menolak sebuah motosikal Honda EX5, lalu menyuruh saya keluar dari perut kereta. “Apis, ini hadiah untuk kamu walaupun result PMR tak keluar lagi,” kata arwah Abah.
akudanmotosikal-01
Saya yang terkejut (sebenarnya teruja) terus sahaja mengambil motosikal tersebut daripada pegangan beliau. Ya, saya sangat suka apabila diberikan sesuatu, tambahan pula daripada seseorang yang amat bermakna dalam hidup saya. “Terima kasih, Abah.”
Dan, antara sedar atau tidak, motosikal itu telah pun berada dengan saya untuk 10 tahun lamanya. Telah banyak jasa yang ditaburkan oleh motosikal tersebut sepanjang saya menjalani kehidupan seharian sebelum saya memiliki kereta sendiri kini.
Minggu lepas, saya telah menghantar motosikal kesayangan saya itu kepada adik sepupu saya di Perlis. Oleh kerana adik sepupu saya tidak mempunyai sebarang kenderaan, dan motosikal saya itu sudah jarang digunakan, saya rasa adalah lebih baik jika saya memberikan motosikal tersebut kepada adik sepupu saya itu. Itupun bersyarat. Heheh. Syaratnya mudah; dia wajib menjaga motosikal itu sepertimana saya menjaga motosikal tersebut sepanjang 10 tahun ini.
Ketika saya di Stesen KTM, Kuala Lumpur… ada rasa yang tidak dapat saya lepaskan di blog ini. Rasa itu sangat kuat mencengkam nubari sehingga terasa lemah segala sendi yang ada di tubuh badan ini. Motosikal itu; secebis kenangan terindah antara saya dan arwah Abah saya. Dan tetap menjadi kesayangan.
akudanmotosikal-02
Untuk kesekian kalinya, “Terima kasih, Abah.”
Al-Fatihah untuk beliau. Amin Ya Rabb.
Category: #SEMBANGPIS

7 thoughts on “Sebuah Motosikal… dan Secebis Kenangan”

  1. faazawanz says:
    25/10/2010 at 10:54 PM

    al-fatihah..semoga roh beliau ditempatkan bersama org2 yg beramal soleh amin..

    Reply
  2. Mu'izzah says:
    28/10/2010 at 1:09 AM

    Al-Fatihah buat abah…
    Masih teringat sekujur tubuhnya yang lesu. Hurm…
    Doakan agar roh beliau tenang.Sentiasa doakan abah kerana itulah bekalannya di akhirat kelak.

    Reply
  3. HAFIZ LATIFF says:
    30/10/2010 at 2:54 AM

    Assalamualaikum w.b.t.

    Faiz,
    Terima kasih. Insya-Allah, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh. Amin Ya Rabb…

    Eja,
    Ya, saya pun masih teringat. Terima kasih kerana sentiasa ada ketika memerlukan.

    Reply
  4. Mu'izzah says:
    05/11/2010 at 5:28 PM

    Hafiz;

    Untuk sentiasa ada itu adalah tanggungjawab saya. =)

    Reply
  5. HAFIZ LATIFF says:
    06/11/2010 at 5:05 AM

    Assalamualaikum w.b.t.

    Eja,
    Suka dengan perkataan 'tanggungjawab' itu. Macam pernah ada orang juga menyukainya. ;p

    Apapun, terima kasih sekali lagi.

    Reply
  6. Mu'izzah says:
    06/11/2010 at 6:07 AM

    Hafiz;

    Bakal nenek mertua kamu sukakannya kerana beliau mengharap agar kamu menjaga cucunya dengan baik dunia dan akhirat- ilmu dunia dan ilmu akhirat. InsyaAllah.

    Reply
  7. HAFIZ LATIFF says:
    06/11/2010 at 11:31 PM

    Assalamualaikum w.b.t.

    Eja,
    Insya-Allah… Amin Ya Rabb… =)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

October 2010
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Sep   Nov »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme