Assalamualaikum w.b .t.
Sudah lama tidak menulis entri terbaru. Maka, saya coretkan sedikit pengalaman saya ketika ‘mencari’ cinta di Kuantan, Pahang baru-baru ini.
Ahad lalu (26/09/2010), saya terbangun lebih kurang pukul 5.30 pagi. Teringat bahawa hari tersebut, Sayidah Mu’izzah dan Kak Nasriah akan memberikan Bengkel Penulisan Kreatif di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan. Saya berkira-kira sama ada mahu ke sana ataupun tidak. Dan akhirnya, saya bingkas bangun untuk mandi kerana telah membuat keputusan untuk ke Kuantan.
Ya, pagi itu sebenarnya perasaan saya agak bercelaru. Setahun lalu, tarikh keramat ini menjadi saksi bahawa saya kehilangan ayahanda kesayangan saya. Dan pada tarikh ini juga, untuk tahun ini, saya mencatat sejarah dengan memandu kereta berseorangan ke Kuantan pada pukul 6.30 pagi. Melalui lebuhraya Karak yang lengang dan sunyi sedikit sebanyak membuatkan saya cuak juga. Tetapi, saya kuatkan semangat demi memberikan sokongan kepada mereka berdua. Ya, saya tahu saat ini mereka perlukan sokongan saya. (Ya kah?) =)
Sedar tidak sedar, dalam pukul 8.30 pagi, saya telah sampai ke UIAM, Kampus Kuantan. Pagi itu masih sepi kerana kebiasaannya pagi Ahad memang tidak akan ada kelas, dan kebanyakannya pasti menyambung tidur selepas Subuh. Saya terus memandu ke Kuliyyah of Science dan menunggu ketibaan mereka berdua.
Alhamdulillah, perjalanan program pada hari itu lancar, ditambah pula dengan aksi bidan terjun saya. Gara-gara peserta petang itu agak mengantuk sedikit, Kak Nas telah meminta saya untuk melakukan sesi energizer. Seronok juga melihat gelagat adik-adik tersebut menari mengikut rentak dan gaya saya. Hahaha…
Usai program di UIAM, Kampus Kuantan, kami bertiga berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi, sebelum itu, sempat juga kami singgah di Teluk Cempedak. Konon mahu melihat matahari terbenam, tetapi sayangnya kami tidak sempat kerana sesat-barat. Namun, tetap memberikan kenangan terindah buat kami bertiga.
Semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, kami singgah pula di Hentian Rehat & Rawat Temerloh, Pahang untuk mengisi minyak kereta, solat Isyak dan paling penting, menikmati gulai tempoyak ikan patin yang sangat sedap! Memang kalah gulai tempoyak di tempat lain. Apapun, perjalanan kami berakhir di UIAM, Gombak kira-kira pukul 12.30 tengah malam dan saya seterusnya pulang ke rumah dan sampai lebih kurang pukul 1 pagi.
Terima kasih kepada Kak Nas yang menjadi sekutu untuk mengejutkan Eja walaupun kejutan yang ingin saya buat sudah dapat dijangka oleh Eja. Tahniah kepada Eja & Kak Nas kerana berjaya menyampaikan ilmu kepada adik-adik walaupun menggunakan Bahasa Inggeris! =)
Akhir sekali, al-Fatihah untuk Allahyarham Abdul Latiff, Abah saya yang telah setahun meninggalkan kami sekeluarga. =(
Category: #SEMBANGPIS
Salam Hafiz,
Memang 'mengejutkan'. Terima kasih kerana sudi membantu di bengkel tersebut mengendalikan slaid Powerpoint dan slot energizer. Harap dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. Terima kasih sekali lagi.
-Sayidah Mu'izzah
Salam Eja,
Sama-sama. Insya-Allah, jika ada ruang dan kesempatan, boleh sahaja kita bekerjasama lagi. Sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada awak. =)
seronok sangat sebab dapat berjumpa dengan akak muizzah, kak nas dan abg hafiz, walaupun hanya sekejap… saya harap dapat bertemu dan berjumpa dengan abg lagi…
Assalamualaikum w.b.t.
Amzar,
Kami juga seronok dapat bertemu dengan kamu dan kawan2 yang lain. Insya-Allah, ada ruang dan kesempatan akan bertemu lagi.
Terima kasih kerana menyinggah di teratak kecil Abang Hafiz. =)