Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Salam Syawal 1431H

Posted on 08/09/2010 by Hafiz Latiff
hafiz
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua? Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t.
Insya-Allah, selepas Subuh ini, saya akan berangkat pulang ke kampung halaman di Bota, Perak untuk menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
Jadi, di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya apa jua yang diluahkan di laman sesawang ini telah menyinggung kalian yang sudi singgah di sini sama ada secara sedar mahupun tidak sedar.
Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada:-
1) Ahli keluarga Hj. Radizuan dan Allahyarham Hj. Ideris
2) Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri dan keluarganya
3) Rakan-rakan dan Guru-guru di SK Bota Kiri, SMKDARY Bota Kanan, Multimedia College KL dan Universiti Putra Malaysia Serdang
4) Sahabat dan Mentor di Minggu Penulis Remaja (MPR) dan DBP
5) Teman-teman di Public Mutual Berhad
6) Klien-klien yang telah menyokong kerjaya saya
7) Semua kenalan yang mengenali diri ini termasuk rakan-rakan Blogger dan pembaca (senyap atau tidak senyap) di laman sesawang ini.
Semoga ukhwah yang terjalin di antara kita berkekalan, insya-Allah.
Doakan perjalanan pulang saya ke kampung halaman dilindungi dan selamat. Amin Ya Rabb…
Category: #SEMBANGPIS

2 thoughts on “Salam Syawal 1431H”

  1. Lyn Yusoff says:
    08/09/2010 at 8:32 PM

    Salam,
    Selamat hari raya dik..
    Maaf zahir batin..
    raya nnti jemput dtg rumah ok…:)

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    16/09/2010 at 12:27 AM

    Kak Lyn,

    Terima kasih… Insya-Allah, kak… Akan saya usahakan ke sana. ;p

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

September 2010
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Aug   Oct »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme