Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua? Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun sampai ke 10 malam terakhir di bulan Ramadhan al-Mubarrak untuk tahun 2010 ini. Saya sangat mengharapkan agar kita telah sama-sama dapat menghayati bulan yang mulia ini dengan penuh kekhusyukan dan dalam masa yang sama menambah segala amalan, insya-Allah.
Entri kali ini, saya hubungkan dengan kertas kerja oleh Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Dr. Amini Amir Abdullah. Kertas kerja beliau yang dibentangkan ketika Kursus Induksi Pegawai Sokongan UPM pada 17 Oktober 2006 bertempat di Residence Hotel, UNITEN adalah berkenaan dengan “Lailatul Qadr: Kepentingan dan Penghayatannya” telah sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada saya. Jadi, saya letakkan ‘link’ kertas kerja beliau sebagai perkongsian ilmu semata-mata.
![]() |
Kredit: Google |
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan oleh beliau. Akhir kata, selamat membaca dan marilah kita merebut malam Lailatul Qadr, insya-Allah.
Category: #SEMBANGPIS