Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Marhaban Ya Ramadhan

Posted on 10/08/2010 by Hafiz Latiff
ramadan_wallpaper11
Kredit: Google
Assalamualaikum w.b.t.
Waktu kecil dahulu, apabila pertama kali saya diajar untuk berpuasa, laju sahaja mulut bertanya kepada arwah opah saya. “Opah, puasa itu apa?” Lalu, arwah opah saya menjawab, “Puasa itu menahan diri daripada berlapar dan dahaga.”
Saya yang pada ketika itu lebih kurang berusia 6 tahun, bertanya lagi. “Habis itu, niatnya macam mana pula, opah?”
Sebagai perkongsian kita bersama, arwah opah saya mengajar niatnya seperti yang saya perturunkan di bawah;
niat-puasa-ramadhan-1024x107
Kredit: Google
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Ertinya : “Sengaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala”
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan yang mulia ini. Semoga kita pertingkatkan amal ibadat dengan memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, solat tarawih, solat-solat sunat yang lain serta tidak lupa juga, rajinkan diri untuk bersedekah. Basahkan lidah dengan zikrullah, insya-Allah, hati akan lebih tenang menjalani kehidupan seharian.
Akhir kata, jangan lupa bersahur ya? ;p
Category: #SEMBANGPIS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

August 2010
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Jul   Sep »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme