Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Setelah 25 Tahun Mengembara

Posted on 22/07/2010 by Hafiz Latiff
Kredit: Google

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Rasanya sudah terlalu lama saya membiarkan laman kecil ini bersawang. Sungguh, bukan saya sengaja untuk membiarkannya. Kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan saya terpaksa melupakan hasrat untuk mengemaskini laman ini (walaupun ada idea yang menanti untuk dijadikan entri). Apapun, doa saya agar kalian sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t, bahagia dan gembira selalu, insya-Allah. Amin Ya Rabb…

Tanggal 10 Julai yang lalu, saya telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-25. Betapa cepatnya masa berlalu, rupa-rupanya kini pengembaraan kehidupan saya sudah mencecah angka 25 tahun. Dan dalam usia yang boleh dikira tua bagi saya (kerana ada orang kata usia 25 adalah usia akhir remaja), rasanya masih banyak benda yang belum dikecapi dan harus dikejar untuk menggapai kejayaan yang dikehendaki.

Resolusi saya tahun ini adalah untuk menjadi MATANG seiring dengan usia yang sudah dianggap boleh menjadi ‘ayah orang’. Malah, terus-terusan untuk perkukuhkan kerjaya serta dalam masa yang sama mula merancang untuk ke ‘peringkat’ seterusnya. Doakan sahaja yang terbaik untuk saya, insya-Allah.

Kiranya ada peluang, saya akan berkongsi lagi dengan kalian. Cukup dulu setakat ini, semoga kita bertemu lagi di laman kecil ini.

Category: #SEMBANGPIS

5 thoughts on “Setelah 25 Tahun Mengembara”

  1. 'izzaty salehhon says:
    23/07/2010 at 10:03 AM

    salam…

    per cer dgn novel? dh release ke?

    lokasi : uiam, gombak…hmm…study ker kat sana? citer2… ;]

    Reply
  2. muizzah says:
    23/07/2010 at 10:03 AM

    Dah tuaaaa!!!! huhu =)
    Semoga usia 25 tahun ini menjadi titik perubahan paling jaya. Ameen ya Rabb!

    Reply
  3. HAFIZ LATIFF says:
    23/07/2010 at 10:11 AM

    Salam…

    Ijat,
    Novel belum diterbitkan lagi. Tetapi sudah hampir siap prosesnya. Insya-Allah, akan dimaklumkan bila sudah berada di pasaran. =)

    UIAM, Gombak sebab masa entri ini ditulis, aku ada kat sana. Aku sambung belajar buat PJJ kat UPM. Cuma di UIAM, ada separuh hati aku di situ. ;p

    Reply
  4. HAFIZ LATIFF says:
    23/07/2010 at 10:11 AM

    Salam…

    Eja,
    Terima kasih. Amin Ya Rabb. =)

    Reply
  5. 'izzaty salehhon says:
    28/07/2010 at 12:05 PM

    ohh…baru la, hamba tahu…

    amek course per? citer2.. ;]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

July 2010
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Feb   Aug »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme