Pagi itu ada sesuatu yang mendatangkan getar di dada. Getar itu melahirkan sebuah rasa yang aneh. Antara rasa uja dan haru… Saya tidak pasti yang mana satu yang lebih mendominasi ruang hati saya ketika itu.
Derap langkah yang diatur terasa pincang sekali. Tetapi, cuba dikemaskan sedaya mungkin. Tidak mahu memperlihatkan diri seperti terlalu kekok dan tidak selesa di hadapan dua orang yang paling rapat dengan diri saya (selain bonda tercinta). Juga di hadapan mereka.
Ya, mereka. Cik Editor dan semua krew penerbitan yang berada di situ telah berjaya membuatkan jantung saya bagai mahu luruh sahaja. Inilah pengalaman pertama saya datang ke rumah penerbitan bagi tujuan menandatangani sebuah perjanjian.
Alhamdulillah, inilah hari yang saya nanti-nantikan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Benarlah kata orang bahawa penantian itu amatlah menyeksakan. Tetapi, di sebalik ‘keseksaan’ itu terselit hikmah yang sangat membahagiakan.
Usai menandatangani kontrak pertama untuk menerbitkan NOVEL SULUNG saya, insya-Allah, saya yang ditemani oleh adinda saya juga Sayidah Mu’izzah berangkat pulang dengan membawa satu rasa yang tidak mampu diluahkan dengan bait-bait kata.
Apa yang pasti, ini dedikasi saya buat arwah Allahyarham Mariam Yeop Talib (nenda) dan juga Allahyarham Abdul Latiff Radzuan (ayahanda). Mereka antara insan yang bertanggungjawab ‘membentuk’ saya hinggalah ke saat-saat akhir nafas mereka. Al-Fatihah…
19-02-2010 / 05 Rabiulawal 1431H
Teratak Ilham, Seri Kembangan.
Category: #SEMBANGPIS
Assalamualaikum Hafiz,
Tahniah untuk perjanjian pertama novel sulung…Sekarang sudah rasa kemanisan untuk usaha yang bagaikan gila itu bukan?
Usaha lagi!
Gambarimashouka Hafiz-kun!
Waalaikumussalam…
Cik Bila Pena Berbicara,
Alhamdulillah. Kini, sudah tahu apa rasanya. Manis dalam 'pahit' itu lebih banyak nikmatnya.
Bagaimana rasanya menjadi peneman ketika orang lain menandatangani perjanjian? Teruja dan 'terbakar'? Saya mengambil semangat awak ketika menyaksikan awak menandatangani kontrak awak setahun yang lalu dalam diam.
Insya-Allah… Gambarimashouka Eja-Chan… =)
OMG!
Dalam diam-diam ya anda menyalakan bara api di puntung jiwa? huhuhu…
Perasaan saya ketika melihat kontrak yang ditandatangani oleh awak adalah…..ermmm…ermm…. sedikit jelas..bukan jeles ya…hahahaha…
Apa pun semoga anda teruskan perjuangan anda…okey?
Allah yubarik fik ya akhi.
Sayidah Mu'izzah,
Allah yubarik fik ya ukhti…
Anda juga teruskan perjuangan. Okey? =)
erm…intan memang menunggu2 novel sulung awak… gud luck k…
same gud luck for your exam
Salam, Intan…
Terima kasih. Insya-Allah, akan diterbitkan. Doakan sahaja semuanya berjalan dengan lancar.