Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Beberapa Catatan Januari

Posted on 17/01/2010 by Hafiz Latiff
Kredit: Google
Assalamualaikum w.b.t.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana tahun baru ini aku telah menerima satu khabar berita yang menggembirakan. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, bibir bonda dan ayahanda tidak pernah kering dari menyebutkan ayat ini; “Sambunglah belajar…”
Dan Alhamdulillah, 8 Januari 2010 yang lalu, aku melangkah kembali ke dalam dunia seorang pelajar. Ya, aku menjadi pelajar jarak jauh di Universiti Putra Malaysia (UPM), mengambil jurusan Bacelor Pentadbiran Perniagaan (BBA). Amanat arwah ayahanda ketika saat-saat akhir arwah sakit, aku laksanakan.
Jadual semakin bertambah sibuk kini. Kerjaya sangat menuntut komitmen yang tinggi, begitu juga apabila menjadi pelajar jarak jauh ini. Semua perkara perlu dilakukan sendiri. Teknologi yang ada ini diguna-pakai sebaiknya. Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.
Bonda yang merestui perjalanan ini amat memahami hati puteranya. Antara berbelah-bahagi dan juga impian serta harapan, beliau memilih untuk mengorbankan kebahagiaannya untuk aku. Betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu. Aku tidak faham kenapa masih ada segelintir di antara kita yang langsung tidak mahu menghargai ibu dan bapa mereka. Masya-Allah.
11 Januari, terdapat sesuatu yang istimewa pada tarikh itu. Betapa aku sangat menghargai setiap yang berlaku. Semoga kita terus dilindungi-Nya.
14 Januari, kehilangan adik sepupu yang ‘istimewa’ membuatkan aku ‘terjaga’ dari lena yang berpanjangan. Wajah bersih seorang budak berumur 8 tahun yang Syurga adalah jaminannya itu amat menyentuh hati. Ya, Allah lebih menyayanginya. Al-Fatihah untuk arwah Syafiq.
Semoga kita semua diberi keberkatan dan dilimpahkan kurnia yang tidak terhingga daripada Maha Pencipta. Amin. =)
17-01-2010 / 01 Safar 1431H
Teratak Ilham, Seri Kembangan.
Category: #SEMBANGPIS

3 thoughts on “Beberapa Catatan Januari”

  1. ainunL muaiyanah says:
    22/01/2010 at 11:17 AM

    ngenge…

    selamat belajar kembali ya 🙂

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    22/01/2010 at 3:56 PM

    salam.

    cik yana,
    heheh. terima kasih. terharu kerana sejak sekian lama, inilah kali pertama (jika tidak salah la) cik yana meninggalkan jejak di sini. terima kasih sekali lagi. ;p

    Reply
  3. SAYIDAH MU'IZZAH says:
    27/01/2010 at 2:17 AM

    Hafiz; belajar rajin-rajin~ Doa sentiasa mengiringi… 😉

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

January 2010
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Dec   Feb »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme