![]() |
Kredit: Google |
Assalamualaikum w.b.t.
Kesibukan mengejar masa yang sebenarnya tidak terkejar itu amatlah melelahkan. Namun, ia juga pengalaman yang sangat mengujakan!
Baru-baru ini, saya ‘berselisih’ faham dengan mama. Sewaktu dia pulang dari kerja, kami singgah makan di sebuah restoran yang biasa dikunjungi. Tengah seronok makan, dia beritahu tetapi saya dapat menangkap apa yang tersirat di sebalik kata-katanya.
Katanya; “Kawan-kawan mama banyak yang buat majlis kahwin anak-anaknya di Dewan Majlis Perbandaran Taiping dan dewan-dewan lain… Ada juga yang buat di hotel…”
Dalam hati, dup-dap-dup-dap, sebab sudah tahu arah perbualan yang dimaksudkan mama.
“Jadi? Kenapa, mama?”
“Habis, kamu nanti nak buat kat mana?” Sambil menyuap makanannya. Dan saya pula, hampir tersedak dengan soalan itu.
“Apis (panggilan keluarga) nanti buat kat kampung sudahlah… Biasa-biasa sahaja…” Heheh. Ada rancangan dan beranganlah pula saya kan? Hahah…
“Kalau buat kat dewan kan senang… Semua dah sedia… Kat kampung tu nanti nak kena susun kerusi meja semua…” Mama menambah.
“Alah… kalau buat kat kampung pun, kan ada Izzat (sepupu saya yang ada perniagaan memasang khemah, juga katering) yang boleh buat semua tu…” Lalu mama terdiam.
Saya ingatkan sudah selesai di situ… Balik rumah, mama sambung…
“Habis, bila kau nak kahwin? Asyik gi kenduri kawan-kawan je…”
“Insya-Allah…” Sambil berlalu ke bilik. Cuba ‘mengelak’… Huhu…
09-12-2009
Bangsar.
Category: #SEMBANGPIS
hehehe…
nanti jgn lupe jmput kte ea.. ;))
smoga cpt jodohnye..
Salam Encik Ilham~
Eja gelak dan kalau boleh nak gelepar gelaknya….
ahahahahahahaha
'Mengelak' ya? ;p
assalamualaikum w.b.t.
cyida,
insya-Allah… doakan yang terbaik untuk kami.
sayidah mu'izzah,
kenapa gelak? istilah 'mengelak' itu sesuaikah? heheh… ;p
ish.. bila lagi ni. tak sabar nak beriring-iring ke taiping atau ke pantai timur sana. haha
Yana,
Insya-Allah. Doakan ya? =)