Penghargaan dari ‘Izzaty Salehhon

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah meneliti semula entri seorang sahabat lama saya ketika di zaman kolej dulu, rupa-rupanya beliau ada menganugerahkan saya dengan sebuah gelaran…
“Ijat, terima kasih untuk anugerah tersebut. Maka dengan ini, aku perturunkan semula semuanya…”

1. Di atas adalah anugerah yang diberikan oleh ‘Izzaty Salehhon a.k.a Ijat

2. 5 fakta menarik tentang ‘Izzaty Salehhon:
– seorang sahabat yang sangat baik, memahami dan sering membantu
– gemarkan gajet-gajet melibatkan komputer terutamanya
– nampak garang, tapi jiwa lembut (hahahaha)
– pandai juga jadi penasihat gaya (ingat lagi masa aku nak berkonsert dulu, ijat?)
– sempoi, ‘sporting’
3. 10 hobi atau fakta diri hamba :
– gemar membaca novel, majalah dan bahan-bahan bacaan yang membina personaliti
– sukakan warna hitam, putih, merah dan pink! (beranikan diri guna warna pink)
– menikmati irama tradisional melayu, lagu-lagu puisi
– menonton cerita-cerita berunsurkan penyiasatan, aksi dan romantis
– sukakan teater dan juga apa-apa yang melibatkan persembahan pentas
– ingin membantu masyarakat dalam penulisannya
– jika terlalu penat, boleh tidur dari pagi ke petang
– tidak mengenal erti putus asa
– ingin membina legasi yang tersendiri
– suka menari mengikut rentak lagu yang didengari
4. Penerima penghargaan ini:

 – sayidah mu’izzah
 – kak nasriah abdul salam
 – ‘izzaty salehhon a.k.a ijat (membuka minda tentang ayat-ayat al-quran & hadis2)
 – blogger2 di malaysia

Sekian, terima kasih.

06-11-2009
Teratak Bonda, Taiping.