![]() |
Kredit: Google |
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar kalian?
Macam mana dengan wajah baru teratak saya? Harapnya kalian suka. Walaupun masih dalam pembikinan, insya-Allah, akan saya cuba sempurnakan secepat mungkin.
Semalam, saya mengukir lagi satu sejarah peribadi untuk tahun ini. Setelah bertahun-tahun lamanya tidak mengalami sakit gigi, apatah lagi berjumpa dengan doktor gigi untuk melakukan rawatan (selain dari mencuci plak gigi), semalam saya berkunjung ke sana. Ya, ke klinik gigi.
Sakitnya tidak tertahan lagi. Saya terpaksa membuat 3 tampalan yang mana lubangnya hampir kena di saraf. Bunyi gerudi doktor gigi amatlah menakutkan. Ngilu terasa. Sampai sekarang sakitnya masih belum juga hilang. Aduh!
Walau apapun, kepada kalian, jagalah kebersihan dan kesihatan gigi kalian. Bila gigi sakit, selera pun jadi mati. Otak tertekan, mulalah asyik marah-marah sahaja. ‘Sabarlah…’
20-10-2009
Teratak Bonda, Taiping.
Category: #SEMBANGPIS