![]() |
Kredit: Google |
Assalamualaikum w.b.t.
Melalui Surah al-Isra’, ayat 23, Allah mengingatkan; “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripada Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-dua atau kedua-duanya sampai berumur lanjut pemeliharaanmu…”
Ayat di atas menjelaskan bahawa perbuatan menyakiti hati dan menyentuh perasaan mereka walaupun hanya sekelumit perkataan ‘hish!’, sudah cukup membuatkan mereka berasa tersinggung. Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Orang yang membuat ibubapanya bersedih, maka ia dianggap satu penderhakaan.” Dan sabdanya lagi; “Dosa besar pertama adalah mensyirikkan Allah dan yang kedua menderhaka kepada kedua-dua orang tua.”
Walaupun mereka mengambil keputusan secara sukarela untuk tinggal di rumah kebajikan, tetapi sebenarnya jauh di sudut hati mereka, keinginan untuk tinggal bersama anak-anak tetap ada. Tidak ada ibubapa yang sanggup berjauhan dengan anak-anak dan kaum keluarga, sementelah lagi berada di penghujung usia. Tidak rugi bagi anak-anak menjaga ibubapa mereka yang telah tua kerana Allah menjanjikan keberkatan rezeki dan kedamaian serta dikurniakan umur yang panjang kepada ummatnya yang menjaga kedua-dua orang tuanya.
Hal ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, hendaklah berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.” Tegasnya, anak-anak jangan terlalu bakhil untuk menyerahkan duit belanja kepada kedua-dua orang tuanya kerana ia telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab yang dituntut dalam Islam.
Kalau boleh, anak-anak haruslah menjaga ibubapa yang telah tua. Selalunya, sekarang ini, kita lihat golongan ayah yang meninggal dunia dahulu, maka tinggallah golongan ibu seorang diri sahaja. Mereka ini terlalu sensitif dan mudah kecil hati. Sebaik-baiknya, mintalah pendapat mereka sebelum membuat keputusan dan ajaklah mereka ikut sekali bercuti. Jangan abaikan pandangan mereka dan meninggalkan mereka seorang diri di rumah. Orang tua sebenarnya lebih mementingkan hubungan kekeluargaan. Mereka seperti juga kanak-kanak kecil yang memerlukan perhatian dan kasih sayang dari anak-anak. Perasaan juga mudah tersinggung dan amat sensitif dengan keadaan sekeliling, cuma jarang diperlihatkan di hadapan kita.
Harta yang paling berharga ialah kasih sayang dan hubungan antara kita dengan kedua ibubapa kita. Selagi terdaya dan termampu, marilah bersama-sama berbakti kepada kedua ibubapa kita. InsyaAllah.
16-10-2009
Teratak Bonda, Taiping.
Category: #SEMBANGPIS
assalamualaikum..
sebab itu kalau dimarahi eja banyak senyap. layankan jelah…
p/s:Blog berwajah baru… hensem!
waalaikumussalam…
sayidah mu'izzah,
insyaAllah, berkat kesabaran awak melayani ibubapa awak, adalah hikmah di mana-mana itu nanti, ya?
blog sahaja ke yang hensem? tuan punya blog hensem tak? heheh…