Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

‘Rumah Kesyukuran’

Posted on 09/10/2009 by Hafiz Latiff
Kredit: Google
Assalamualaikum w.b.t.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya:
“Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: “Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku?” Malaikat menjawab: “Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab: “Ya.” Allah bertanya kali ketiga: “Apakah kata hamba-Ku?” Malaikat menjawab: “Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan ‘dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali’. Alla Ta’ala memerintahkan Malaikat-Nya: “Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” – Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban
HURAIAN:-
  1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang menimpa, akan menjadi kecil pada dirinya.
  2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah s.w.t tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah s.w.t. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
  3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun ia terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain.

Kalian, terima kasih atas sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus. Teruskan perjuangan dan jangan pernah mengalah…

09-10-2009
Teratak Bonda, Taiping.

Category: #SEMBANGPIS

2 thoughts on “‘Rumah Kesyukuran’”

  1. Sayidah Mu'izzah says:
    10/10/2009 at 1:09 AM

    Assalamualaikum Ilham Hafiz,

    Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama-Nya. (Al-Baqarah:214)

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    14/10/2009 at 3:46 PM

    assalamualaikum w.b.t.

    sayidah mu'izzah,
    terima kasih. insyaAllah…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

October 2009
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme