Abah, Tenanglah Dikau Di Sana

*Percutian terakhir bersama dengan ayahanda tercinta…
Assalamualaikum w.b.t
Kalian apa khabar? Semoga sentiasa sihat berada di bawah lindungan Allahuakbar.
Tanggal 26-09-2009, pukul 10.27 pagi telah menjadi sejarah hidup yang saya tidak akan mampu  untuk lupakan sampai bila-bila. Ayahanda tercinta, ABDUL LATIFF BIN RADZUAN telah kembali ke rahmatullah, menyahut panggilan Ilahi yang lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Doa saya agar allahyarham ayahanda tercinta akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Yang Maha Esa.

Saya mohon agar dapat kita sama-sama sedekahkan bacaan surah Yaasin dan al-Fatihah untuk allahyarham. Semoga rohnya tenang dalam perjalanan yang abadi.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian yang telah sudi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), juga panggilan telefon serta ucapan takziah melalui laman mukabuku (Facebook). Saya sangat berterima kasih kepada Sayidah Mu’izzah yang sudi hadir dan banyak membantu menguruskan kenduri tahlil di kampung saya. Juga buat Basyirah dan Dina yang datang dan turut membantu apa adanya. Budi kalian disanjung tinggi. Terima kasih.

Salam kasih dan salam lebaran untuk semua.

01-10-2009
Teratak Bonda, Taiping.