![]() |
Kredit: Google |
Assalamualaikum w.b.t.
Kalian, apakah pertanyaan yang sering kita ungkapkan?
Dahulu, saya sering mengungkapkan pertanyaan ini pada diri sendiri. Seringkali bermonolog sendirian, “Kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan? Mengapa semua ini terjadi kepada aku? Apa salah aku?”
Saya selalu menyalahkan takdir dan diri sendiri, lagak seolah lupa qada’ dan qadar yang ditetapkan olehNya. Ya, kadang-kadang kita sekalian hambaNya lupa, dan kerana itu kita perlu sentiasa diingatkan.
Kembali muhasabah diri. Ingat apa yang dipelajari. Alhamdulillah, ada sesuatu yang masih diingati.
Al-Quran, kitab suci yang diperturunkan kepada kita ummat Nabi Muhammad s.a.w. menjawab pertanyaan saya tadi.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah al-Baqarah, ayat 216.
Maka, kalian, saya menyeru diri sendiri dan juga kalian, agar kita sama-sama bermuhasabah diri. Kadang-kadang, pertanyaan yang acapkali kita ungkapkan itu sebenarnya mengandungi sesuatu yang baik buat diri kita.
p/s: Selamat ulangbulan perkenalan, Awak…
11-09-2009
Teratak Bonda, Taiping.
Category: #SEMBANGPIS
salam Ilham, selamat…
Alhamdulillah jika Ilham mendapat jawapan untuk pertanyaantersebut.
Allah SWT tidak memberikan apa yang kita mahu kerana Dia cintakan kita. Mungkin kita akan binasa dengan benda yang kita inginkan itu. Maka adalah lebih baik jika kita tidak mendapatnya.
Jaga diri baik-baik.
assalamualaikum w.b.t.
sayidah mu'izzah…
insyaAllah, saya akan jaga diri baik-baik. awak juga jaga diri baik-baik. semoga cepat sembuh.
ya, betul apa yang awak cakapkan. Allah s.w.t lebih tahu apa yang terbaik buat kita, sekalian hambaNya. Yakin, percaya dan sentiasa bersangka baiklah denganNya.