Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Ujian Yang Indah

Posted on 04/09/2009 by Hafiz Latiff
Assalamualaikum w.b.t.
Saya sangat yakin dan pasti bahawa setiap daripada kita, sekalian hambaNya, pernah diuji, sedang diuji dan akan diuji. Setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada ujianNya, bukan?
“Adakah kamu akan dibiarkan berkata, kami sudah beriman, sedangkan kamu masih belum diuji?” – Firman Allah s.w.t
Ya, sekarang saya diuji. Namun, jujurnya ujian ini adalah yang maha indah. Terkandung banyak hikmah yang sama ada tersurat mahupun tersirat di depan mata saya sendiri, dan mungkin juga orang-orang di sekeliling saya.
Harapan saya agar ayahanda tercinta, Abdul Latiff bin Radizuan tabah untuk meneruskan perjuangan hidupnya. Moga beliau kental dan kuat semangat untuk menghadapi ujian Allah s.w.t.
“Abah, insyaAllah, selagi Hafiz terdaya, Hafiz akan tetap sentiasa di sisi Abah, menemani Abah sepanjang perjuangan ini. Sabarlah dengan ujian ini, Abah. Hafiz, Mama dan Adik akan sentiasa menyokong Abah.”

*Gambar ini diambil ketika bercuti ke Pulau Langkawi. Abah yang masih sihat ketika itu, Mama yang masih ceria, Adik yang masih bergembira kerana mendapat percutian yang diingininya dan saya yang masih berbelah rasa.
Kalian, betapa rindunya saya akan leteran Abah, sikap ambil berat Abah, ‘mulut laser’ Abah, dan macam-macam lagi. Kalian, sementara masih ada peluang untuk bergurau senda, untuk bermanja dengan ayahanda dan bonda kalian, lakukanlah! Moga-moga ikatan kasih sayang antara kalian dengan ayahanda dan bonda kalian bertambah erat.
04-09-2009
Seri Kembangan.
Category: #SEMBANGPIS

5 thoughts on “Ujian Yang Indah”

  1. Sayidah Mu'izzah says:
    04/09/2009 at 10:13 PM

    Assalamualaikum Ilham,

    Setiap orang ada bahagian ujiannya masing-masing. Ramai orang yang fikir bahawa andai yang dikatakan ujian itu merujuk kepada kesedihan atau kelaraan. Jangan lupa, kegembiraan itu juga ujian.

    Masih ingat kata-kata yang selalu Eja ucapkan sejak kita kenal?

    Reply
  2. Sayidah Mu'izzah says:
    04/09/2009 at 11:47 PM

    la tahzan. Innallaha ma'ana…
    Jangan bersedih. Allah bersama kita.

    Innallaha ma'as soobiriin…
    Allah bersama dengan orang yang sabar.

    Reply
  3. HAFIZ LATIFF says:
    06/09/2009 at 3:04 PM

    waalaikumussalam…

    sayidah mu'izzah…
    terima kasih atas nasihat dan ingatan tersebut. insyaAllah, akan diingat… moga segalanya lancar dan bertambah baik…

    Reply
  4. Sayidah Mu'izzah says:
    08/09/2009 at 5:45 PM

    Manusia yang hebat adalah manusia yang dapat bersabar dengan segala macam ujian…

    Reply
  5. HAFIZ LATIFF says:
    09/09/2009 at 12:31 AM

    assalamualaikum w.b.t.

    sayidah mu'izzah…
    insyaAllah, saya akan sentiasa ingat pesan dan nasihat awak itu. ya, saya ingin jadi manusia yang hebat… huhuhu…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

September 2009
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Aug   Oct »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme