Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Marhaban Ya Ramadhan…

Posted on 26/08/2009 by Hafiz Latiff
Kredit: Google

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kita diberi peluang dan kesempatan oleh Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang untuk bertemu semula dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.

Marilah kita sekalian hambaNya meningkatkan kualiti diri dengan menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Marilah kita merebut peluang yang datang ini dengan penuh rasa teruja. Penuhi ruang di masjid mahupun surau untuk melakukan solat sunat terawih, lakukan solat-solat sunat yang lain di samping melakukan juga amalan-amalan sampingan yang lain juga. Marilah kita bersama-sama mencari dan menikmati malam Lailatul Qadar.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan buat diri kita sekalian hambaNya. Doa saya agar semua pembaca di blog ini terus menyokong saya, diberkati Allah s.w.t., diluaskan rezeki dan mencapai kualiti diri yang diingini.

InsyaAllah, saya akan cuba berkongsi pengalaman-pengalaman terkini lagi sensasi di blog ini. Terima kasih atas sokongan semua.

26-10-2009
Seri Kembangan.

Category: #SEMBANGPIS

2 thoughts on “Marhaban Ya Ramadhan…”

  1. Sayidah Mu'izzah says:
    26/08/2009 at 6:02 PM

    salam Ilham,
    Selamat Beramadahan. Semoga rezeki bertambah-tambah sepanjang Ramadhan ini sejajar dengan kebaikan dan keberkatan yang datang bersama-samanya.

    …8C<3- …

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    27/08/2009 at 6:47 PM

    assalamualaikum w.b.t.

    sayidah mu'izzah,
    selamat beRamadhan juga. (ada ke istilah beRamadhan tu?)

    insyaAllah, harap-harapnya rezeki saya diluaskan olehNya. moga segala kekuatan dan ketabahan datang dalam diri selaku pemimpin dalam keluarga. amin.

    terima kasih atas sokongan semua.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

August 2009
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jul   Sep »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme