Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Tersentuh…

Posted on 16/08/2009 by Hafiz Latiff





Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.
Buat tatapan kita sekalian hambaNya… Moga-moga mendapat segala keberkatan dan kebahagiaan sepanjang menempuh jalan hidup yang kita pilih.
Kalian pernah rasa tersentuh? Saya sangat yakin dan pasti bahawasanya setiap dari kita sekalian hambaNya ini pernah merasa tersentuh, terutamanya ketika indera lihat kita mengesan sesuatu atau seseorang. Betul kan?
Alhamdulillah, pada 10 Ogos yang lalu, saya dan beberapa orang teman seperjuangan di Agensi Sterling Consultants sempat berkunjung ke Rumah Kasih Sayang yang bertempat di Bandar Puteri, Rawang, Selangor. Melihat adik-adik dari sekecil 2 tahun hinggalah ke belasan tahun, ada satu rasa yang menabrak masuk terus ke ulu hati saya.
Mereka bahagia walaupun hidup dalam keadaan yang sangat sederhana. Mereka gembira dan bergurau sesama mereka kerana mereka hanya ada mereka. Saling membantu, berkongsi segala yang diberikan bersama-sama. Ya, memang ada juga yang bersifat ‘kedekut’, tetapi itu langsung tidak mencacatkan hubungan sesama mereka.
Paling membuatkan saya tersentuh, alunan lunak merdu suara adik-adik yang menyanyikan lagu yang mereka ciptakan sendiri, liriknya juga menyentuh naluri lelaki saya. Lebih kurang begini yang saya masih ingat, “Kami anak yang tidak beribu, Kami tidak mengharap simpati…” (Maaf kalau salah lirik). Waktu dua buah lagu dinyanyikan sebagai tanda menyambut kedatangan kami, diri ini serasa mahu menitiskan air mata, namun dipujuk hati ini agar menjadi kuat. Kita perlu memberi semangat kepada mereka, bukannya menunjukkan simpati semata-mata.
Buat kalian semua, sebelum kami pulang, Ummi (Pengetua RKS) sempat berpesan, “Hafiz, kami sangat berharap agar ada huluran walaupun dengan sekadar RM1 dari sesiapa sahaja pada tiap-tiap bulan.” Tahu kenapa? Kerana bajet untuk makan dan minum mereka pada setiap hari hanyalah RM150 untuk 80 orang. Boleh bayangkan?
Saya sertakan nombor akaun Rumah Kasih Sayang, moga-moga ada di antara kalian yang sudi menghulurkan bantuan walaupun sekadar RM1 (memetik pesanan Ummi). Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala budi baik kalian. Amin.
Maybank Rumah Kasih Sayang (5620 1200 3196)
Berikut, saya sertakan juga beberapa keping gambar ketika berada di sana. Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar ingin berkongsi apa yang dirasa.
16-08-2009
Bangsar.
Category: #SEMBANGPIS

2 thoughts on “Tersentuh…”

  1. Sayidah Mu'izzah says:
    18/08/2009 at 7:33 PM

    Salam Ilham,
    Eja pun nak ikut jugak hari tu tapi ada kelas… ehek3
    Nanti ada masa kita buat lawatan MPR ke sana. ok?

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    19/08/2009 at 12:16 AM

    assalamualaikum w.b.t.

    sayidah mu'izzah,
    takpe, insyaAllah, ada rezeki dan peluang nanti, saya cadangkan pada rakan2 MPR untuk buat lawatan ke sana. mana tau, sebelum raya ke?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

August 2009
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jul   Sep »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme