Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Pulang Ke Kampung

Posted on 08/06/2009 by Hafiz Latiff
Kredit: Google
Kredit: Google
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar kalian? Maaf, lantaran terlalu sibuk berkerja dan ‘bercuti’ ke kampung, saya kesuntukan masa untuk kemaskini blog kesayangan saya. Huhu.
10 hari di kampung, terasa rindu pula. Walaupun agak penat dengan kenduri-kendara, lelah ‘menepis’ soalan-soalan, “Hafiz, kamu bila lagi kendurinya?” atau “Hafiz, dah ada calon belum?”. Adoila… Saya faham, pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sudah terlalu kepingin bermenantu, tapi sabar-sabarlah ye… Masih banyak yang perlu dikecapi dan dikejar. Huhu.
InsyaAllah, saya akan berkerja keras untuk merealisasikan impian mereka. Kereta sudah ada, rumah bakal menjelma… Barulah bakal isteri pula. Hehe. Kalian doakan sahaja ya. Saya akan war-war dan menjemput kalian ke majlis saya nanti. (Dah mula berangan dah…)
Walau apapun, semoga kita semua sentiasa dirahmati dan dilindungi-Nya. Amin.
08-06-2009
Bangsar.
Category: #SEMBANGPIS

6 thoughts on “Pulang Ke Kampung”

  1. Anonymous says:
    09/06/2009 at 12:40 PM

    2 tahniah; rangkulan anugerah kecemerlangan dan rangkulan sebentuk cincin untuk sebuah baitul muslim yang cemerlang dalam nafas dan denyut nadi mawaddah wa rahmah.

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    10/06/2009 at 4:45 PM

    assalamualaikum w.b.t.

    ustaz zulkifli…
    apa khabar? terima kasih atas ucap tahniah ustaz. namun ucap tahniah yang kedua itu masih terlalu awal untuk saya terima. huhu. bukan saya yang bertunang ataupun berkahwin, tetapi sepupu, teman-teman dan juga saudara-mara. walau apapun, terima kasih atas kunjungan ustaz ke teratak kecil saya. semoga kita ketemu lagi.

    Allah yubarik fik, ustaz.

    Reply
  3. ainunl.muaiyanah says:
    13/06/2009 at 9:13 AM

    hafiz, macam lah tak tahu awak dah ada calon. hukhuk. apa lagi? bila nak langsungnya? tak sabar nak pi perak makan nasi minyak kat sana. hehe

    Reply
  4. HAFIZ LATIFF says:
    15/06/2009 at 11:51 AM

    assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    mana calonnya? huhu. pandai-pandai sahaja awak kan? janganlah membawa khabar angin yang belum tahu benar atau tidaknya. huhu. nak makan nasi minyak perak? boleh sahaja. jom ikut saya balik kampung, masa kenduri sepupu saya nanti ya?

    Reply
  5. .: S.A.Y.A :. says:
    20/06/2009 at 9:50 PM

    Senyum je boleh? =)
    Hmm…InsyaAllah satu hari akan jumpa juga dengan tulang rusuk abg tu… =)
    Cari dulu cinta Allah, insyaAllah cinta wanita solehah akan menyusul..
    Moga dirahmati ya abg…
    Baarakallahu fiik…

    Reply
  6. HAFIZ LATIFF says:
    21/06/2009 at 4:14 PM

    assalamualaikum w.b.t.

    misraini…
    Alhamdulillah, tulang rusuknya sudah pun dijumpai. cuma menunggu masa yang sesuai untuk dimiliki. huhu. terima kasih atas nasihat adik itu. insyaAllah, kita akan berjumpa lagi di lain program.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

June 2009
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« May   Jul »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme