Assalamualaikum w.b.t.
Ya, Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia, malah seluruh dunia. Ya, walaupun Hari Guru lambat lagi menjelang tiba, namun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan juga menyusun sepuluh jari memohon maaf terhadap guru-guru saya yang telah ‘membentuk’ saya selama saya menjadi pelajar mereka (walaupun selamanya saya tetap menjadi pelajar mereka, begitu juga sebaliknya).
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda merupakan guru paling ulung untuk segala ajaran yang diwariskan oleh Baginda kepada seluruh ummatnya. Alangkah indah kiranya saya dapat bersua muka dengan Baginda.
Buat Abah, En. Abdul Latiff dan Mama, Pn. A’isah, kalian adalah guru terhebat dan terulung yang tidak mungkin akan terganti oleh sesiapa pun. Tanpa kalian, saya tidak kenal erti hidup.
Buat semua guru di SK Bota Kiri, SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’aakub, Kolej Multimedia a.k.a Kolej Latihan Telekom… Sekalung ucapan terima kasih kerana mengajar saya untuk mengenal erti dewasa.
Buat En. Khairil Annuar, terima kasih juga atas segala tunjuk ajar, sabar menjadi mentor saya. Beliau banyak menjadikan saya sebagai saya sekarang. Tidak jemu mencungkil segala potensi diri saya.
Buat mentor-mentor saya yang lain, Hj. Azmi Ahmad, En. Adi Sasteria, Pn. Amylia Sariza (sekadar menyebut beberapa nama), terima kasih atas segalanya.
Buat mentor-mentor saya dalam dunia penulisan kreatif, En. Faisal Tehrani, Pn. Nisah Hj. Haron, Pn. Noor Suraya Adnan, Cik Salina Ibrahim, Cik Khairunnasriah Abdul Salam (sekadar menyebut beberapa nama), terima kasih juga atas segala nasihat dan tunjuk ajar. Ya, walaupun saya tenggelam timbul, saya akan berusaha yang terbaik, insyaAllah.
Buat kawan, teman, rakan, sahabat, kekasih… Kalian juga adalah guru-guru saya. Terima kasih menjadi peneman setia kala sepi.
Sekian.
04-05-2009
Kuala Lumpur.
Category: #SEMBANGPIS
assalamualaikum abang ilham,
gambar tu sarat dengan makna sebuah perjuangan. heheh
salam…
sayidah mu’izzah…
terima kasih… hidup penuh dengan perjuangan.