Selamat Hari Ibu, Mama…

Kredit: Google

SELAMAT HARI IBU, MAMA…

mekar kucup di dahi ini, mama
masih harum
biar waktu melayukan pepohon usia kita.

kuntum-kuntum doamu, mama
masih terus berbunga
segar di telapak tanganmu.

terima kasih, mama
keranamu aku di sini.

Hafiz Latiff
04-05-2009
Kuala Lumpur.