Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Mata Itu…

Posted on 04/04/2009 by Hafiz Latiff
Kredit: Google
Saat saya sedang memandu, penjuru mata saya dapat mencuri pandang mata seseorang yang sedang asyik merenung ke arah saya. Cuma, sengaja saya buat-buat tidak sedar bahawa seseorang itu sebenarnya sedang leka meratah setiap inci wajah saya. Dalam hati, tertanya-tanya juga, ‘Apa yang dicarinya? Ada yang tak kena ke dengan muka ni?’
Mata itu terus-terusan memandang saya. Timbul juga rasa sedikit tidak selesa (bukan sebab tidak suka ditenung begitu), cuma takut kalau-kalau saya tergoda dengan pandangan mata yang begitu tajam menusuk masuk ke jantung saya. Sungguh! Saya takut walaupun suka juga sekali sekala ada orang yang leka memandang kita. Hehe…
Walau apapun, saya akan sentiasa ingat mata itu… kerana mata itu telah ‘membunuh’ saya tanpa sedar… Mata yang penuh kesyahduan itu… ;p
04-04-2009
Bangsar.
Category: #SEMBANGPIS

2 thoughts on “Mata Itu…”

  1. Sayidah Mu'izzah says:
    07/04/2009 at 6:46 PM

    mata yang penuh dengan kesyahduan pun bleh membunuh ke???

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    07/04/2009 at 7:07 PM

    assalamualaikum w.b.t.

    sayidah mu’izzah…
    ya, kadang2 kesyahduan itu bisa membunuh… tapi, kita juga tetap akan hidup dengan kesyahduan itu…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

April 2009
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Mar   May »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme