Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Sesudah Kesukaran, Ada Kemudahan

Posted on 01/03/2009 by Hafiz Latiff
“Sesungguhnya Allah akan memberikan petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya, bersabarlah dan mohon kepada Allah. Hanya Dia yang akan memberi jalan keluar daripada segala kesusahan. Dan akan datangkan bantuan itu dalam pelbagai bentuk yang tidak pernah kita bayangkan.”

“Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.” – Surah 94, Al-Insyiirah: Ayat 5-8
Assalamualaikum w.b.t.
Saya teringat saat saya mengalami kesukaran demi kesukaran, saya hampir lupa kepada sesuatu. Saya lupa nikmat kesenangan dan kemudahan yang dikurniakan. Maka dengan itu, mungkin saya diuji dengan sedikit kesukaran untuk saya kembali mengingatiNya. Ya, sebagai hambaNya yang bukanlah serba qamil, saya perlu sentiasa diingatkan.
Seseorang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang ayatnya lebih kurang beginilah:-
1) “Was ta’inu bissobri wassolah… Meminta itu dengan sabar dan bersolat. Jangan putus asa dengan Allah…”
2) “La tahzan innallaha ma’ana… Jangan sedih, Allah bersama kita. Percayakan Allah sepenuhnya. Dia akan tolong hamba-hambaNya kalau kita ikat hati kita kuat-kuat pada Dia.”
Lalu, saya tersedar dan kembali mendapat kekuatan itu. ‘Maha suci Allah, maafkan aku andai aku terleka dan kufur dengan nikmatMu…’
Yakinlah, bahawa setiap yang sukar pasti akan dipermudahkan juga. InsyaAllah…
01-03-2009
Seri Kembangan.
Category: #SEMBANGPIS

2 thoughts on “Sesudah Kesukaran, Ada Kemudahan”

  1. Sayidah Mu'izzah says:
    02/03/2009 at 3:47 PM

    slm..
    siapala org yg bagi mesej tu kt abang hafiz ek? heheh

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    02/03/2009 at 4:31 PM

    salam…

    sayidah mu’izzah…
    siapa ya yang bagi sms tu ek? rasanya awak la kot. huhu… walau apapun, terima kasih untuk sms tersebut.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

March 2009
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Feb   Apr »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme