Assalamualaikum w.b.t.
Lewat petang tadi, seorang teman berkata kepada saya yang beliau adalah seorang yang ‘complicated’. Sejenak, saya berfikir, sejauh mana ‘complicated’nya beliau sehingga menyatakan setakat ini masih belum ada orang yang benar-benar memahami beliau.
Pernah satu ketika dahulu, saya sendiri merasakan hidup saya sangat ‘complicated’ hinggakan saya menegaskan kepada diri saya bahawa tidak akan ada sesiapa yang akan benar-benar memahami saya. Tapi, bila saya muhasabah diri balik, berfikir dengan akal waras, maka saya dapati jawapannya ialah:
“Kadang-kadang kita rasa kita ‘complicated’. Tapi kita kena bagi peluang pada diri sendiri untuk difahami dan bagi peluang pada orang lain untuk memahami kita. Sebab itulah kita akan berkongsi sebahagian rahsia hidup kita dengan orang tersebut.Jika kita tidak membuka peluang itu, mungkin sampai bila-bila pun kita tidak akan tahu siapa yang akan benar-benar memahami kita…”
Sekarang, kita ini ‘complicated’ ke? Atau kita yang sebenarnya meng’complicated’kan diri kita? Fikirkanlah…
11-02-2009
Seri Kembangan.
Category: #SEMBANGPIS
Dah hampir 22 tahun saya hidup…
belum pernah seorang pun yang kata saya ni TAK COMPLICATED.
Saya adalah saya yang sering dinilai sebagai complicated. Ada yang mengenali saya selama 6 tahun, secara rapat bagaikan adik-beradik, miliki sense yang kuat apakala ada waktu-waktu saya sedih, berkongsi segala suka dan duka saya, dia mengerti bahawa saya adalah seorang yang complicated dan dia menerima saya dengan nilaian itu juga tak pernah terfikir untuk mengubah saya menjadi tidak complicated. Kerana dia menerima saya apa adanya.
HafiZ : saya kira kita selalu sangka orang tidak memahami kit apadahal kadang2 kita yang tidak faham diri kita sendiri..
bagaimana mahu buat orang memahami kita kalau kita sendiri tak tahu apa yang kita mahu..
apa-apa pun,hidup ini mudah, kita yang menyulitkannya
sayidah mu’izzah…
ILHAM tiada niat untuk mengubah diri seseorang… ILHAM cakap atas dasar pengalaman diri ILHAM sendiri. ILHAM terima seseorang itu seadanya… dan ILHAM tidak akan menolak jodoh yang ditetapkanNya…
ainunl muaiyanah…
ILHAM setuju dengan kata2 awak… kita yang selalu menyulitkan keadaan…
Ilham…
menelusuri hidup memang selalu ada damai tapi ada juga tusukan duri atau belati.Complicated selalu ada..seperti angin dan udara..seperti kita dan mereka..tapi jangan lupa, kita ada Dia, maka complicated itu boleh kita telusuri dengan hati damai.-kadangkala indah jadi insan complicated kerana kita boleh mengaku, aku memang complicated!!:)
salam…
anonymous…
betul apa yang anda cakap tu… hidup kita memang complicated, tetapi jangan sampai ia mengganggu perjalanan hidup kita kan? hehe…
ermm..
nak menyelit..
saya seorang yang tidak complicated.
heh heh
salam…
sayap janna’im…
awak bukan orang yang ‘complicated’? are you sure? hehehe…