Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Duniawi & Ukhrawi…

Posted on 04/05/2005 by Hafiz Latiff

Engkaukah itu nyaring tangismu
di pagi dingin suasana?
Engkaukah itu mesra senyummu
di malam angin sepoi bahasa?
Senyuman itu lukisan rahsia hati…
Menyimpan seribu rahsia…

Engkaukah itu raung pekikmu
di tengah hari terik beraja?
Engkaukah itu gelak tawamu
di senja indah asmaraloka?
Tawa itu penyambung umur di dunia…

Ku mencari dalam gelap gelita
Ku meridap dalam lena leka
keseorangan mewujudkan kesepian
keseorangan melahirkan kesunyian
Lalu aku meneruskan langkah kehidupan
dalam kanvas suci yang telah diciptakan.

Toleh ke kanan,
terlihat pelangi ceria – bahagia
Toleh ke kiri,
terpandang lohong hitam – gelita
Beralih arah pula agar lebih selesa
Lihat ke hadapan, pandang ke belakang
menyaksikan pentas duniawi
adakalanya sedikit menghiburkan hati
adakalanya pilu aku sendiri
memikirkan bahawa pelakonnya tidak lagi
mementingkan ukhrawi
hanya yang ada ialah…
KASIH SEJATI…!!!

Hafiz Latiff
16-06-2004
Kuala Lumpur.

Category: #SEMBANGPIS

2 thoughts on “Duniawi & Ukhrawi…”

  1. Anonymous says:
    05/06/2005 at 3:53 AM

    Salam karya.. teruskan perjuangan..

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    11/11/2009 at 5:03 PM

    salam…

    terima kasih, saudara ideal… insyaAllah, perjuangan ini tidak akan pernah selesai…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

May 2005
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Apr   Jul »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme