Rahsia…

jika sesuatu itu adalah wujud kerana rahsia,
biarkan ianya wujud sebagai satu rahsia
kerana rahsia tidak mungkin mampu diungkap
dengan wujudnya rahsia juga…
kerana kewujudan kita juga adalah satu rahsia
di mana rahsia yang mempunyai permulaan
dan di suatu saat,
rahsia itu akan berhenti pada noktahnya…
pada noktah yang tiada siapa pun dapat ungkapkan
pada noktah yang entah siapa penciptanya
hinggakan pada masa itu,
rahsia tetap dibiarkan berkubur tanpa nisan
seperti wujudnya bebintang tanpa sesiapa
yang menyedari hadirnya…
seperti wujudnya bulan yang entah bila hilangnya…
seperti laut yang entah bila keringnya…
seperti cerah yang entah bila gelapnya…
dan entah bila suatu saat,
kita berhenti berharap…
pada sesuatu yang tidak pasti untuk diharapkan…

Hafiz Latiff
03-03-2003
Teratak Nenda, Bota.