Kisah Kasih…

kisah kasih…
percintaan yang bermusim
kasih sayang yang bermukim
rasa rindu menyemarakkan suasana
aku terjaga dalam lena.

kisah kasih…
percintaan agung ini terpahat kukuh
kasih sayang ini terpaut utuh
rasa rindu semakin teguh
aku teruskan langkah – masih dalam lena.

kisah kasih…
perjuangan merebut yang hak
pengorbanan yang mendesak
dan aku…
masih dalam lena walau sudah terjaga.

kisah kasih…
betapa aku mengasihinya…
betapa aku menyayanginya…
betapa aku merinduinya…
betapa kau menyintainya…

Hafiz Latiff
12-04-2005
Kuala Lumpur.