Perjuangan Yang Belum Selesai…

hari ini…
aku berjuang untuk esok
esok…
aku berjuang untuk semalam
akan datang…
aku berjuang untuk selamanya.

perjuangan ini belum selesai
ku redah ke sana ke sini
ku berlari meniti pelangi
memandang ke bawah
takut terjatuh dan tersungkur
mendongak ke atas
risau lupa diri dan angkuh.

menaiki tangga demi tangga
menuruni lembah demi lembah
perjuangan ini tetap belum selesai
perlu diteruskan walau hati payah
perlu diredahi walau jiwa goyah
perjuangan yang belum selesai
takkan ada noktah akhirnya…

Hafiz Latiff
11-04-2005
Kuala Lumpur.