Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Rahsia Hati…

Posted on 07/04/2005 by Hafiz Latiff
Hati memberontak, jiwa pun mendesak
Rindu bergelora, sayang pun menjelma
Dendam terpadam, benci pun kelam
Rahsia yang tersirat, bocor lalu tersurat.

Pepatah I;
“Cinta itu abadi dan
ke dalam keabadian ia pergi…”
Rasa cinta sering menusuk kalbu
Mekar berbunga lalu hati berlagu.

Pepatah II;
“Andainya masih ada pertemuan,
biarlah ia seindah persahabatan…
Jika ada segugus kerinduan,
biarlah ia sepanjang usia perpisahan…”
Rasa rindu sering membuai diriku
Harum mewangi di kamar hati.

Pepatah III;
“Jangan ditanya mana datang kelebihan,
Jangan mentafsir sesuatu kekurangan,
kerana tiada siapa mengerti
maksud bahasanya yang tersendiri…”
Rasa syukur sering mengundang benakku
Walau rahsia bongkar, walau dendam padam
Harus masih setia di sisi.

Pepatah IV;
“Perpisahan mengeratkan pertalian
dalam sepi tidak berteman
Pertemuan menjalinkan ikatan
dalam kasih yang berkekalan…”
Rasa sayang bertandang di jiwa
Ingin ku bawa pergi segala duka dan sengsara.

Hafiz Latiff

07-04-2005
Kuala Lumpur
Category: #SEMBANGPIS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

April 2005
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Jan   May »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme