Bulan dan Bintang…

bulan dan bintang membawa perkhabaran
dari jauh ia mengemudi
dari jauh ia bertandang berjanji
setianya bukan untuk seketika
walau esok mentari menjelma
bulan dan bintang wujud jua
menemani pencinta sufi
mencari cinta-Nya yang suci…

bulan dan bintang membawa perkhabaran
dari jauh ia mengisi
setiap hati dan naluri
dalam fantasi dan realiti
ia berlari, menari dan menyanyi
dengan alunan kata dan susunan bahasa
bersemarak dalam jiwa kita…

Hafiz Latiff

06-04-2005
Kuala Lumpur