Milik Siapakah Kita…

Terkadang kita sering terlupa
siapakah kita dan apakah kita
Adakalanya kita selalu terleka
di manakah kita dan bagaimanakah kita
Segalanya diciptakan oleh Yang Maha Esa
Cukup sempurna walau kadang ada cacat celanya

Dalam meniti titian kehidupan
dalam menempuh arus perjalanan
Bersama jati diri yang jitu
bersama swadaya kendiri yang satu
Membentuk identiti baru
membina personaliti unggul

Dunia ini dipenuhi dengan para intelek
Dunia ini diisi dengan para pujangga
dunia ini sarat dengan segala manusia
dunia ini padat dengan segala hamba-Nya

Maka, milik siapakah kita?
Sedarikah kita?
Milik siapakah kita sebenarnya?
Milik Yang Maha Kuasa;
Atau milik siapa?

Sedarikah kita bahawa
kita ini sebenarnya milik
Yang Maha Besar?
Harap-harap sedarilah kita…
bahawa kita ini…
Milik-Nya

Maka, ketahuikah kita…?
Milik siapakah kita…?

Jadi, sedarikah kita…?
Milik siapakah kita…?

Hafiz Latiff

04-05-2005
Kuala Lumpur