Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Hidup atau Mati…

Posted on 03/04/2005 by Hafiz Latiff

Kita ini hamba yang bukan qamil
Kita juga insan yang bukan sempurna hidupnya
Kita cuma menumpang kerana kehendak-Nya

Adakah kita sudah bersedia?
Apakah kita sudah cukup amalannya?
Sebanyak mana bekalan yang kita ada?
Secukup mana jawapan kepada soalan-Nya?

Hidup atau mati…
Mati atau hidup…
Itu semua ketentuan-Nya
Itu terjadi hanya dengan izin-Nya

Bagaimanakah kita mencari kekuatan
untuk bersemuka dengan-Nya?
Di manakah kita mahu mencampakkan muka
untuk bersembunyi daripada-Nya?

Kita yang perlu membuat pilihan!
Kita yang harus membuat perhitungan!

Hidup atau mati?
Mati atau hidup?
Bahagia atau derita?
Derita atau bahagia?

Kita yang memilih kerana…
kita telah dipilih untuk memilih
Kita yang menghitung kerana…
kita telah disiung untuk menghitung
Maka, ketentuan-Nya di tangan kita
Mati atau Hidup?

Hafiz Latiff
03-05-2005
Kuala Lumpur

Category: #SEMBANGPIS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

April 2005
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Jan   May »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme